الإقناع للموردي
Al-Iqna’ fi al-fiqh al-Syafi’i
Kitab al-Iqna’ fi al-fiqh al-Syafi’i (الإقناع في الفقهالشافعي) adalah sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i karya al-Imam Abu al-Hasan ‘Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi al-Bashri al-Baghdadi (364-450H).
Kitab ini merupakan sebuah kitab yang ringkas dan padat dengan beberapa permasalahan fiqh menurut mazhab Syafi’i. Walaupun ringkas, kandungannya merangkumi hampir keseluruhan bab fiqh yang biasa dibincangkan oleh para fuqaha dalam kitab-kitab mereka.
Menurut Haji Khalifah, kitab ini memaparkan beberapa permasalahan hukum syarak, tanpa mendatangkan sokongan atau dalil dari al-Quran atau al-Sunnah. Namun begitu, pendapat-pendapat yang disebutkan oleh al-Mawardi dalam kitab ini adalah berdasarkan pendapat para fuqaha yang terpercaya.
Imam al-Nawawi banyak menukil pendapat al-Mawardi yang terdapat dalam kitab al-Iqna’ dan menyebutkan dalam beberapa karya beliau. Kandungan kitab iqna’ juga ada dinukilkan oleh Imam al-Ramli sebagaimana yang disebutkan dalam kitab al-Fatawanya.
Lanjutkan
Lanjutkan
al-Yaqut al-Hamawi ada menyebutkan dalam kitab al-Mu’jam al-Udaba’bahawa penyusunan kitab al-Iqna’ oleh al-Mawardi ini berdasarkan perintah oleh Khalifah al-Qadir Billah, iaitu Khalifah ‘Abbasiyyah ketika itu. Di mana khalifah memerintahkan para ulama dari mazhab yang empat, iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’i dan Hanbali agar menyusun sebuah kitab yang ringkas dan padat dengan permasalahan fiqh mengikut pendapat mazhab masing-masing.
Lalu perintah itu disambut oleh beberapa orang ulama terkenal mewakili mazhab masing-masing, iaitu; Imam al-Mawardi telah menyusun kitab al-Iqna’ berdasarkan mazhab Syafi’i, Imam Abu al-Husain al-Qadduri menyusun kitab al-Mukhtashar (Mukhtashar al-Qadduri) berdasarkan mazhab Hanafi, al-Qadhi Abu Muhammad Abdul Wahhab bin Nashr al-Maliki menyusun kitab Mukhtashar-nya berdasarkan mazhab Maliki, dan seorang ulama di kalangan mazhab Hanbali yang tidak dipastikan namanya telah menyusun kitab al-Mukhtashar berdasarkan mazhabnya.
al-Qadhi Abu Syuja’, Syihabuddin Ahmad bin al-Hasan bin Ahmad al-Ashbahani (533-593H) telah menyusun sebuah kitab huraian bagi kitab al-Iqna’ melalui karyanya Syarh al-Iqna’.
Catatan ringkas ini disusun berdasarkan pengenalan ringkas yang disebutkan di awal kitab al-Iqna’ fi al-Fiqh al-Syafi’i, yang dterbitkan dalam satu jilid oleh Dar Ehsan, Iran dengan cetakan pertamanya pada tahun 1420H /2000M.
di sini




Tujuan saya membuat blog sederhana adalah untuk menuangkan ide-ide, pengalaman, ilmu yang saya dapatkan, yang kadang sering terbuang jika saya tidak menulisnya dan juga saya ingin membagikan ide, pengalaman, dan ilmu saya kepada para pengnjung blog saya, jika anda memesan sesuatu kaitannya dengan blog saya atau anda menginginkan agar menampilkan sesuatu pada blog saya ini silahkan dan Insya Allah saya akan lakukan selagi diberi kemampuan oleh Allah dan jika ada kesalahan atau kekurangan silahkan komentari saya dengan cara Islami/sopan santun
0 komentar:
Post a Comment